Info Guru dan Staf


 

 


 

Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolah- sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah.

Agensi-agensi lain di bawah KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu murid.

Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti yang berikut :

DIMENSI I: HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1: Visi dan Misi

Elemen 2: Kepimpinan

DIMENSI II: PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3: Struktur Organisasi

Elemen 4: Perancangan

Elemen 5: Iklim

Elemen 6: Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Elemen 7: Pengurusan Maklumat

DIMENSI III: PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

Elemen 8: Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Elemen 9: Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen 10: Pembangunan Sahsiah Murid

Elemen 11: Penilaian Pencapaian Murid

DIMENSI IV: KEMENJADIAN MURID

Elemen 12: Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah.


Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

  • Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

  • Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

  • meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
  • meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,
  • menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,
  • meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
  • mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

  • Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

  • Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

“Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya”;
(i) tanggungjawab terhadap pelajar,
(ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa
(iii) tanggungjawab terhadap negara dan
(iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

  • Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Rujukan:  KerangkaSGM (http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html)


Mesyuarat / Taklimat / LDP

* LDP siri … – 

Tarikh :

Tempat :

Masa :

Semua guru dan staf wajib hadir

 

Harap Maklum.