Logo MSC

msc_logomsc_logo_t2

Logo ini dicipta berdasarkan konsep matahari terbit di kaki langit, menandakan kebangkitan era baru di Malaysia yang membawa maksud bermulanya MSC Malaysia. Tiga garis sinar dari matahari mewakili elemen penting yang dibawa oleh MSC Malaysia iaitu infrastruktur telekomunikasi dan logistik global berkapasiti tinggi, dasar dan undang-undang siber yang baru dan persekitaran yang menarik untuk tinggal dan bekerja.

Di tengah-tengah logo terdapat satu sfera hijau, menekankan kepentingan mempertimbangan alam sekitar dalam merangka dasar dan inisiatif. MSC Malaysia akan menempatkan bandar-bandar mega dalam taman dan dengan pembangunan mesra alam dan bijak. Gerbang sekitar sfera melambangkan kekuatan dalam perpaduan.

MSC Malaysia adalah inisiatif yang memerlukan integrasi dan kerjasama yang erat dari pelbagai pihak termasuk kerajaan, industri swasta pelabur tempatan dan luar negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kejayaan MSC Malaysia bergantung kepada sokongan dan kerjasama antara pihak-pihak ini. Elemen sesawang di belakang `matahari` mewakili harapan bahawa syarikat-syarikat dalam MSC Malaysia akan membentuk jaringan dan menetapkan piawaian baru yang akan dipatuhi oleh syarikat-syarikat lain. Ini seterusnya akan membantu melahirkan jaringan lain. Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan suatu entiti yang berkembang dan berinovasi.

Elemen di dalam logo ini melambangkan pergerakan yang pantas untuk menekankan kepantasan dunia teknologi bergerak secara amnya, khususnya MSC Malaysia.

Sumber : http://www.mscmalaysia.my/