Lagu Rasmi Sekolah


Lirik Lagu:-

Kami warga SMKSN berikrar
Bersatu ke mercu jaya
Memenuhi wawasan negara
Membela nusa agama bangsa

Penitisan ilmu terus menggunung
Namamu tetap disanjung
Piagammu akan dijunjung
Demi insan yang terulung

Berilmu impian bersama
Beretika amalan kita
Beramal kepada nusa
SMK Seri Nibong

Amalan nilai murni yang abadi
Tradisi murni sejati
Akhlak mulia yang terpuji jana insan dedikasi
Akhlak mulia yang terpuji jana insan terkini

Lirik dan Lagu oleh: 
En. Abdul Wahab b. Md. Yunus
En. Lee Chai Huat