Anugerah Kokurikulum JPN Pulau Pinang 2017

Anugerah Kokurikulum JPN Pulau Pinang 2017

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang dianugerahkan sijil pencapaian pada tahun ini, juga kepada Pengurusan Kokurikulum SMK Seri Nibong telah menjadi Johan Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Tahun 2017.

Posted in Umum | Comments Off on Anugerah Kokurikulum JPN Pulau Pinang 2017

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu PT3 dan SPM 2017

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu PT3 dan SPM 2017

29 September (Jumaat) Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu untuk pelajar yang akan mengambil PT3 dan SPM bagi sesi 2017 ini. Majlis telah bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Syarahan Sentuhan Qalbu oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Anur b. Hussin.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin. Beliau juga sempat melontarkan ucapan semangat dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa yang hadir dalam menghadapi Peperiksaan yang bakal tiba nanti. Dalam ucapan tersebut beliau berharap para pelajar berusaha bersungguh-sungguh ‘Hard Working’ untuk mendapat keputusan yang cemerlang disamping memohon restu ibu ayah kerana restu mereka amat penting dalam apa juga usaha yang dilakukan dalam kehidupan kita.

Ucapan terima kasih kepada Dato, kerana sudi memberi sumbangan peribadi sebanyak RM5000.00 kepada pihak sekolah dan majlis bersurai pada jam 5.30 petang.

Posted in Umum | Comments Off on Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu PT3 dan SPM 2017

Majlis Anugerah Nilam & Frog Championship Peringkat Sekolah 2017

Majlis Anugerah Nilam & Frog Championship Peringkat Sekolah 2017

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang bagi tahun 2017. Semoga tahun-tahun hadapan akan lebih ramai menjejaki kecemerlangan seperti ini…

Posted in Umum | Comments Off on Majlis Anugerah Nilam & Frog Championship Peringkat Sekolah 2017

Tahniah di Atas Kejayaan Pelajar SMK Seri Nibong

Tahniah kepada CHERYL NG WEN XUAN pelajar SMK Seri Nibong yang telah menjadi Johan dalam ‘DATUK WIRA DR. ABDUL RAHMAN ARSHAD CHALLENGE TROPHY ENGLISH LANGUAGE DEBATE COMPETITION 2017’


Bola Jaring 1M1S
Tahniah juga kepada pasukan Bola Jaring 1M1S sekolah yang telah berjaya di tempat ke-3 di Peringkat Negeri Pulau Pinang.

 

Posted in Umum | Comments Off on Tahniah di Atas Kejayaan Pelajar SMK Seri Nibong

Salam 1 Hijrah 1439

Posted in Umum | Comments Off on Salam 1 Hijrah 1439

Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains, Matematik Dan Bacaan 2 (PKLSMB2)

Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains, Matematik Dan Bacaan (PKLSMB) Berasaskan Komputer Di Bawah Inisiatif #20: Pembudayaan Kbat Dalam Pembelajaran Abad Ke-21

Dalam meneruskan usaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan satu per tiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan (LP) akan melaksanakan beberapa siri Pentaksiran Kompetensi dan literasi Sains dan Matematik dan Bacaan (PKLSMB). Langkah ini sangat penting dalam menyediakan murid menghadapi PISA 2018 dan TIMSS 2019.

– Kumpulan Sasaran : Pentaksiran Kompetensi (Tingkatan 1) Untuk Domain “Sains Dan Matematik” Sasaran TIMSS 2018 (Tingkatan 2 Tahun 2018).

– Tarikh 19 & 20 September 2017 (Peringkat Sekolah).

Posted in 2017 | Comments Off on Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains, Matematik Dan Bacaan 2 (PKLSMB2)

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia

Hari ini ialah 16 September 2017, Malaysia menyambut hari ulangtahun penubuhan Malaysia yang dinamakan Hari Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia, sambutlah hari ini dengan suatu jiwa yang harmoni demi negara kita yang tercinta.

Warga SMK Seri Nibong menyokong usaha agar seluruh masyarakat bersama-sama memberi sokongan dan menghayati erti sebenar Hari Malaysia sebagai satu wadah memupuk sifat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Posted in Umum | Comments Off on Selamat Hari Malaysia

KESELAMATAN DI MUSIM HUJAN…

Tema guru bertugas pada minggu ini ialah KESELAMATAN DI MUSIM HUJAN…

Seorang guru bertugas iaitu En. Nurazam Mohamad Poat telah menunjukkan satu tugas yang baik apabila menemani pelajar yang baru datang ke sekolah dalam keadaan hujan yang kurang lebat untuk melintasi ruang pejalan kaki menuju pintu pagar sekolah.

Beliau menemani seorang pelajar dengan menggunakan payung bagi melindungi hujan ketika itu. Pelajar tersebut tidak membawa payung kerana warisnya sekadar menghantar di seberang jalan berhadapan pintu pagar utama sekolah.

Satu contoh guru penyayang yang telah diamalkan di sekolah kami, bukan bertujuan untuk menyebar luas akan perilaku tersebut, ianya sekadar tatapan tentang Konsep Guru Penyayang.
Syabas dan tahniah.

Posted in Umum | Comments Off on KESELAMATAN DI MUSIM HUJAN…

#mydigitalmaker Educator Network kepada Guru-Guru

#mydigitalmaker Educator Network kepada Guru-Guru

Untuk makluman semua guru SMKSN,
MDEC dengan kerjasama BPG,KPM sedang mempromosikan #mydigitalmaker Educator Network yang merupakan platform untuk pendidik mendapatkan maklumat tentang latihan pembangunan Profesional Berterusan (CPD). #mydigitalmaker CPD Centre terdapat di 6 IPTA dan rakan-rakan industri seperti Kemahiran Komputasional, Pengaturcaraan seperti Scratch, Pyton, JAVA, PHP dan lain-lain lagi. Untuk Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di http://www.mydigitalmaker.com/educator-network

Posted in Umum | Comments Off on #mydigitalmaker Educator Network kepada Guru-Guru

Gotong Royong Keceriaan Surau An-Najihin SMKSN

Gotong Royong Keceriaan Surau An-Najihin SMKSN

Tarikh : 9 September 2017
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari 
Tempat : Persekitaran Surau An-Najihin, SMKSN

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan waris pelajar dalam meluangkan masa bagi program tersebut.
Pihak waris boleh berikan sumbangan pokok-pokok bunga untuk menaiktaraf keceriaan selain dari wang ringgit.

Posted in Umum | Comments Off on Gotong Royong Keceriaan Surau An-Najihin SMKSN