Selamat Bersara kepada Mantan Pengetua SMK Seri Nibong

Puan Manisah Ahmad telah bersara wajib pada 10.3.2018 dan pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan beliau pada 9.3.2018 dengan suasana sayu dan terharu untuk meninggalkan sekolah SMK Seri Nibong ini.  Beliau telah mula berkhidmat di SMK Seri Nibong mulai 1 Disember 2011 dan pelbagai kenangan manis telah dicapai oleh sekolah sepanjang berada di sini. Antaranya ialah penarafan  Sekolah Kluster Kecemerlanagan, Naib Johan Kebangsaan Anugerah Asrama Terbilang dan terkini ialah Naib Johan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017.

Semoga Persaraan beliau ini membolehkan masa dan ruang bersama keluarga tercinta dapat dimanafaatkan bersama berbanding ketika beliau masih berkhidmat dahulu.

Kami seluruh Warga SMK Seri Nibong ingin ucapkan tahniah dan sekalung penghargaan yang tidak ternilai kepada beliau kerana budi juga jasa beliau curahkan disini tidak dapat kami balas , melainkan hanya dari Allah S.W T.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.