Selamat Bercuti Akhir Tahun 2017

Kepada semua pelajar SMK Seri Nibong, selamat bercuti akhir tahun 2017. Semua pelajar Tingkatan 5 juga telah menamatkan peperiksaan akhir SPM mereka pada 30 November yang lalu. Semoga ilmu yang mereka telah perolehi dapat disampaikan dengan baik dalam soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut. Kini masa mereka bertenang dan teruskan mencari sesuatu yang baik untuk diri dan keluarga bagi meneruskan misi dan visi untuk masa hadapan, seperti mencari peluang kerjaya sementara ketika tempoh menunggu keputusan SPM nanti. Juga mencari pengalaman dari rakan  yang telah melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati.

Bagi pelajar yang masih di alam persekolahan, anda teruskan azam yang membolehkan kejayaan tercapai pada tahun 2018 nanti. Semangat dan usaha perlu diganding bersama bagi merealisasikan apa yang kita impikan. Pihak sekolah sentiasa menyokong usaha setiap pelajar yang bermotivasi dalam bidang yang mereka ceburi. 

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.