Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu PT3 dan SPM 2017

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu PT3 dan SPM 2017

29 September (Jumaat) Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu untuk pelajar yang akan mengambil PT3 dan SPM bagi sesi 2017 ini. Majlis telah bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Syarahan Sentuhan Qalbu oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Anur b. Hussin.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin. Beliau juga sempat melontarkan ucapan semangat dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa yang hadir dalam menghadapi Peperiksaan yang bakal tiba nanti. Dalam ucapan tersebut beliau berharap para pelajar berusaha bersungguh-sungguh ‘Hard Working’ untuk mendapat keputusan yang cemerlang disamping memohon restu ibu ayah kerana restu mereka amat penting dalam apa juga usaha yang dilakukan dalam kehidupan kita.

Ucapan terima kasih kepada Dato, kerana sudi memberi sumbangan peribadi sebanyak RM5000.00 kepada pihak sekolah dan majlis bersurai pada jam 5.30 petang.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.