KESELAMATAN DI MUSIM HUJAN…

Tema guru bertugas pada minggu ini ialah KESELAMATAN DI MUSIM HUJAN…

Seorang guru bertugas iaitu En. Nurazam Mohamad Poat telah menunjukkan satu tugas yang baik apabila menemani pelajar yang baru datang ke sekolah dalam keadaan hujan yang kurang lebat untuk melintasi ruang pejalan kaki menuju pintu pagar sekolah.

Beliau menemani seorang pelajar dengan menggunakan payung bagi melindungi hujan ketika itu. Pelajar tersebut tidak membawa payung kerana warisnya sekadar menghantar di seberang jalan berhadapan pintu pagar utama sekolah.

Satu contoh guru penyayang yang telah diamalkan di sekolah kami, bukan bertujuan untuk menyebar luas akan perilaku tersebut, ianya sekadar tatapan tentang Konsep Guru Penyayang.
Syabas dan tahniah.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.