Makluman Awal Persekolahan 2016

Taklimat Pendaftaran Sekolah, Asrama dan Suaikenal Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Taklimat seperti di atas akan diadakan pada,

Tarikh : 3 Januari 2016 (Ahad)
Masa    : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Utama SMK Seri Nibong
Perasmian oleh : YDP PIBG SMK Seri Nibong

Semua waris adalah dijemput bagi meraikan warga baru SMK Seri Nibong mulai sesi 2016 ini.
Semoga kehadiran Datuk / Datin / Tuan / Puan dapat memeriahkan majlis ini.
Terima kasih.


Gotong Royong Awal Persekolahan

Makluman kepada semua pelajar SMK Seri Nibong.

Satu sesi gotong-royong awal persekolahan akan dilaksanakan
pada tarikh dan masa seperti dibawah : 

Tarikh : 31/12/2015 (Khamis)
Masa   : 9.00 pagi

Semua pelajar dikehendaki memakai kemeja-T dan seluar sukan sekolah 
dan membawa peralatan yang sesuai seperti kain buruk dan baldi kecil bagi memudahkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di kelas masing-masing dapat berjalan dengan lancar.


UJIAN DIAGNOSTIK Pelajar Baru Tingkatan 1 – Sesi 2016

                Tarikh : 31/12/2015 (Khamis)                              

  • Bahasa Inggeris :- Jam 8.30 pagi – 10.00 pagi
    (Semua Pelajar)

  • Bahasa Jepun        :- Jam 10.30 pagi – 11.00 pagi
    (Pelajar Berminat)

          *Pakaian Sekolah Lengkap

Harap maklum.

This entry was posted in 2015. Bookmark the permalink.