Perkhemahan Perdana SMK Seri Nibong 2012

Perkhemahan Perdana SMK Seri Nibong 2012

Mulai 2 hingga 4 Nov. 2012, Unit Kokurikulum serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Nibong akan menganjurkan Perkhemahan Perdana SMK Seri Nibong 2012 kepada pelajar sekolah.

Pelajar yang dipilih adalah di kalangan pemimpin Persatuan, Kelab , Unit Beruniform dan juga di kalangan pemimpin Pengawas Sekolah.

Aktiviti Perkhemahan ini adalah program sekolah yang terakhir bagi sesi tahun 2012 kepada para pelajar sebelum sesi ini berakhir mulai 10 November 2012.

Diharapkan semua peserta perkhemahan dapat menjaga disiplin diri dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

 

 

This entry was posted in 2012, Umum. Bookmark the permalink.