SMK Seri Nibong menjadi JOHAN PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT

PUTRAJAYA, 1 Oktober 2012 – Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong telah menghantar  4 orang murid untuk menyertai “Pertandingan Analisis Senario Habitat Sempena Hari Habitat 2012 peringkat kebangsaan pada 1 Oktober 2012 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

SMK Seri Nibong telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan berjaya menjadi JOHAN. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya(tempat kedua) dan SMK Taman SEA, Petaling Jaya (tempat ketiga) bagi Kategori Sekolah Menengah dalam pertandingan itu.  Pertandingan peringkat akhir telah berlangsung di Dewan Kristal, Basement 1, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. Setiap pasukan diberikan masa selama 20 minit untuk membuat persembahan masing-masing.

This entry was posted in 2012. Bookmark the permalink.